VISI SEKOLAH
Menjadikan sekolah kita sentiasa hebat, berkualiti dan disanjungi.
MISI
Berusaha menerap dan menyemai nilai-nilai murni dan nilai saintifik berteraskan agama, berakhlak mulia, bertakwa, bertanggungjawab, berdisiplin dan berketerampilan. Berusaha memberikan pendidikan berkualiti kepada semua pelajar ke arah kecemerlangan kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Berusaha membantu dan membimbing pelajar ke arah menjadi generasi berkualiti yang mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa serta mematuhi prinsip-prinsip Rukun Negara, merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi Negara.
LAGU SEKOLAH
Kami Barisan Pelajar
Sekolah Sri Kurau
Berikrar Berusaha Berjaya
Di Sini Kami Berjanji
Hidup Rukun Semangat Kami
Menjadi Rakyat Yang Berbakti
Sebagai Putera Dan Puteri
Harapan Negara Pada Kami
Ilmu Pengetahuan Yang Dicurahkan
Kami Tidak Rela Mensia - siakan
Kami Barisan Pelajar
Sekolah Sri Kurau
Berikrar Berusaha Berjaya
Di Sini Kami Berjanji
Hidup Rukun Semangat Kami
Menjadi Rakyat Yang Berbakti
(https://www.youtube.com/watch?v=3yqF7X81GK0)
Unit Bimbingan & Kaunseling
Guru bimbingan & kaunseling anda adalah seorang yang :
- Sanggup mendengar semua persoalan anda
- Menerima anda tanpa syarat
- Menghormati anda sebagai seorang individu
- Membantu anda membuat keputusan yang terbaik bagi anda
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya ;
- Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan
- Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ)
- Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah.
Matlamat Bimbingan & Kaunseling
- Mengajar klien untuk bertanggungjawab atas diri sendiri
- Baiki imej diri yang negatif.
- Menyesuaikan diri dengan keadaan.
- Mempermudahkan perubahan tingkahlaku
- Menjadi lebih produktif
- Mencari dan memupuk sumber dalaman
- Mempertingkatkan kemampuan masalah yang dihadapi
- Melegakan tekanan dan konflik
- Kami terima anda tanpa syarat
- Kami terima anda seadanya
- Kami tidak "MEMAKAN" anda
- Kami bertanggungjawab terhadap keselamatan, kehormatan dan kesejahteraan peribadi anda
- Berterus terang dan bersemuka
- Kami bantu anda membuat keputusan
- Perkhidmatan yang jujur dan ikhlas
- KERAHSIAAN adalah keutamaan kami
- Ingin berbincang bagaimana menumpu sepenuh perhatian terhadap pelajaran
- Ingin mengetahui TEKNIK BELAJAR yang berkesan
- Sukar mengatasi perasaan RENDAH DIRI
- Sukar berhubung dengan guru-guru dan rakan sebaya
- Perlu mendapat MAKLUMAT pelajaran dan pekerjaan
- Tiada motivasi untuk BELAJAR
- Tidak kenal SIAPA SAYA sebenarnya
- Mempengaruhi kepercayaan fikiran, perasaan, kelakuan dan sikap pelajar
- Menyelesaikan masalah
- Memberi nasihat
- Memberi maklumat sahaja
- Menemuramah atau berbual sahaja
- Menilai kekuatan atau kelemahan seseorang
No comments:
Post a Comment